Carian


Galeri Gambar

Mesyuarat Agung Tahunan WANCorp kali ke-19


Alhamdulillah, pada 25 Ogos 2020, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Waqaf An-nur Corporation Berhad kali ke-19 yang telah di adakan di Menara KOMTAR JBCC, Johor Bahru.

 

Terdahulu telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-39 dan seterusnya diikuti oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Syed Mohamed Bin Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi WANCorp.

 

Bersempena mesyuarat agung pada kali ini, turut diadakan penyerahan borang keahlian WANCorp kepada barisan pengurusan baharu JCorp dan syarikat dalam kumpulan.

 

Dikesempatan itu juga, Tn Hj Bukhari Abd Rahman, Ketua Eksekutif WANCorp turut mengajak kepada Ahli WANCorp untuk menjadi Duta bagi mempromosi produk-produk WANCorp bagi mengajak lebih ramai orang berwakaf dan juga bersama menjadi Ahli WANCorp agar dapat bersama-sama menyumbang idea mengukuhkan institusi wakaf ini.