Dana Niaga telah diperkenalkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 5 Mei 2007. Dana Niaga merupakan kemudahan kredit Mikro Islamik berkonsepkan Qardhul Hassan (tanpa faedah) dan Murabahah Tawarruq (dengan keuntungan) kepada Usahawan Mikro.
Tujuan pembiayaan Dana Niaga adalah untuk membantu usahawan mikro bagi mengembangkan perniagaan melalui permbiayaan yang berlandaskan shariah.Pembiayaan yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut :

JUMLAH PEMBIAYAAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 :
RM 1,608,600
MANFAAT
-
Membantu golongan memerlukan seperti ibu tunggal untuk berdikari dan menyara kehidupan melalui perniagaan;
-
Mengembangkan perniagaan melalui pemasaran, pembangunan produk dan modal pusingan; dan
-
Sebagai suatu perjuangan meningkatkan ekonomi umat Islam dan usaha meningkatkan syiar Islam melalui aktiviti perniagaan.