Carian


Laporan Agihan Manfaat

LAPORAN AGIHAN MANFAAT



Pengagihan manfaat Dana Kebajikan Am Waqaf An-Nur secara langsung berjumlah RM 2,799,998.

Kaedah pengagihan ini berpandukan kepada pemeliharaan maslahah dalam Maqasid Syariah yang bersandarkan kepada 3 kategori iaitu unjuran kepentingan dan keutamaan (Dharuriyyat), (Hajiyyat) dan (Tahsiniyyat).

Dharuriyyat bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, jika ia tidak ada, maka kehidupan manusia di dunia akan rosak dan tidak teratur.

Keperluan Dharuriyyat ini diukur berdasarkan keperluan untuk memelihara dan melindungi 5 perkara yang menjadi matlamat syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Tindakan yang memelihara dan mendatangkan kesejahteraan pada kelima-lima perkara ini adalah amat digalakkan lagi dituntut.

Hajiyyat pula bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Sekiranya tidak ada, maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan, tetapi tidak sampai merosakkan kehidupan.

Tahsiniyyat bermaksud hal-hal yang menjadi tuntutan daripada martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapatkan kehidupan yang baik. Tahsiniyyat adalah pelengkap untuk mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

Aktiviti pengagihan manfaat Dana Kebajikan Am Waqaf An-Nur secara langsung sebagaimana berikut :










PERKARAKATEGORI SUMBANGANAGIHAN (RM)
Pembangunan Sosioekonomi Keusahawanan, Dana Niaga dan Pusat Waqaf Komuniti 72,050
Kerohanian & Keagamaan Pengimarahan Rangkaian Masjid An-Nur 1,381,000
Kerohanian & Keagamaan Penyelenggaraan Masjid Dalam Negeri Johor 30,202
Kerohanian & Keagamaan Penyelenggaraan Masjid Luar Negeri Johor 14,000
Kerohanian & Keagamaan Program Masyarakat (Jalinan Ukhuwah) 41,795
Kesihatan Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur 250,000
Kesihatan Rawatan Perubatan Seluruh Negara (Indvidu) 101,250
Kesihatan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor 27,000
Kesihatan Rawatan Perubatan Melalui NGO Seluruh Negara 4,000
Kemasyrakatan & Kebajikan Briged Waqaf (Bantuan Bencana) 220,000
Kemasyrakatan & Kebajikan Bantuan Fakir Miskin & B40 (Individu) 98,900
Kemasyrakatan & Kebajikan Bantuan Fakir Miskin & B40 (Sekolah dan IPT) 57,350
Kemasyrakatan & Kebajikan Bantuan Fakir Miskin & B40 (NGO & Agensi Kerajaan) 342,524
Kemasyrakatan & Kebajikan Bantuan Penyelenggaraan/Pembangunan Sekolah 72,100
Kemasyrakatan & Kebajikan Bantuan Penyelenggaraan/Pembangunan (Pertubuhan) 87,827