Carian


Latar Belakang

Waqaf An-Nur merupakan sebuah syarikat berhad menurut jaminan tanpa syer yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwakafkan.

Waqaf An-Nur berperanan sebagai Mauquf ‘Alaihi kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut. Pada asalnya Waqaf An-Nur beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000.

Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah JCorp dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad. Seterusnya, nama syarikat ditukar kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 21 Mei 2009.

Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini.

Waqaf An-Nur yang beroperasi berlandaskan maqasid syariah kini lebih inklusif dengan membuka peluang kepada orang ramai atau institusi untuk berwakaf melalui program yang ditawarkan. 
 
Antara produk-produk wakaf yang diperkenalkan adalah Hibah Lil Waqaf, Pewakafan Keahlian dan PMB An-Nur Waqf Income Fund.
 

Merujuk kepada Memorandum Syarikat, objektif dan kuasa Waqaf An-Nur adalah:


vision

Menjadi entiti yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai penerima, pengurus dan pentadbir waqaf; juga untuk bertindak sebagai Maukuf Alaihi saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan; daripada waqif-waqif termasuk JCorp khasnya, umat Islam amnya dan syarikat atau badan dan organisasi lainnya; serta menjadi syarikat pemegang.

vision

Memperjuangkan serta memartabatkan ekonomi umat Islam secara amnya, terutama dalam menghimpun dan menambah nilai aset serta pelaburan Waqaf An-Nur secara tidak langsung, melalui Waqaf An-Nur di dalam JCorp dan Kumpulan JCorp, serta menerusi penubuhan dan pengembangan aktiviti bisnes syarikat JCorp amnya.

vision

Bertindak melaksanakan dan menyempurnakan manfaat-manfaat Waqaf An-Nur, menerusi pelaburan, sumbangan, infaq dan pembahagian bagi tujuan dan faedah sebagaimana yang ditentukan seperti berikut:

  • Untuk menampung aktiviti-aktiviti kebajikan yang berkaitan masjid-masjid dan menyumbang kepada kemakmuran masjid-masjid tersebut.
  • Menyumbang kepada perjuangan fisabilillah dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
  • Menyumbang kepada kejayaan ke arah melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi munkar.
vision

Menjalankan secara sukarela sebagai agen-agen hospital dan pusat-pusat rawatan dan memberikan khidmat-khidmat yang berkaitan dalam Malaysia atau tempat-tempat lain dan untuk menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan, khidmat nasihat kewangan dan khidmat-khidmat berkaitan pertubuhan-pertubuhan berkenaan berdasarkan prinsip-prinsip syara'.





 
vision

Menjayakan tanggungjawab sosial korporat Kumpulan JCorp, khasnya menerusi program program yang bertujuan untuk mengimarahkan dan meningkatkan peranan sosial Rangkaian Masjid An-Nur, Klinik Waqaf An-Nur serta program tanggungjawab korporat lainnya yang dikendalikan oleh Kumpulan JCorp.

vision

Menjayakan program pembangunan insan dan modal insan Kumpulan JCorp termasuk untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran profesionalisme, kemahiran pengurusan dan pengalaman bisnes anggota pekerja Kumpulan JCorp dan keluarga serta umat Islam.


 
vision

Menjayakan program-program khas ditujukan untuk membina daya keusahawanan serta program-program membudayakan

Visi & Misi

vision
Visi

Menjadi institusi wakaf yang mampan, lestari dan profesional bagi memperkasa ekonomi ummah sejagat.

vision
Misi

Membangunkan institusi wakaf secara profesional dengan menggunakan pendekatan inovasi, membina bisnes dan menguruskan sumber aset yang strategik secara produktif serta memakmurkan kesejahteraan generasi akan datang menerusi manfaat wakaf.