Waqaf An-Nur memperkasa pendidikan melalui pelbagai inisiatif, termasuk bantuan yuran pengajian kepada pelajar daripada keluarga miskin dan golongan B40, Program Semarak Jawi, Iqra’ Celik Al-Quran serta Saya Tahu Membaca. Sumbangan turut merangkumi pembangunan dan penyelenggaraan institusi pendidikan, program peningkatan ilmu, bantuan tuisyen untuk anak-anak asnaf, pembiayaan pengajian ACCA serta Program Banduan Hafiz.

BAGI TAHUN 2025

BAGI TAHUN 2025

RM1.35 Juta

Jumlah Agihan

4173

Orang Penerima Manfaat

Program Saya Tahu Membaca

Program Saya Tahu Membaca

Program intervensi literasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca pelajar melalui bimbingan asas kepada mereka yang memerlukan sokongan tambahan, di samping membina keyakinan diri dan membantu meningkatkan pencapaian akademik.

- Lokasi : Tangkak, Johor
- Penyertaan : 176 pelajar (39 sekolah)

Program Banduan Hafiz

Sejak tahun 2024, Waqaf An-Nur Corporation Berhad komited menyokong pelaksanaan Program Banduan Hafiz sebagai salah satu inisiatif pendidikan Al-Quran dan pembangunan sahsiah dalam kalangan penghuni penjara.

Bagi tahun 2026, program ini melibatkan 60 banduan hafiz, dengan pencapaian membanggakan apabila 3 peserta berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Semoga usaha ini terus membuka ruang kepada para peserta untuk mendalami Al-Quran, membina sahsiah serta menjadi titik permulaan kepada perubahan diri yang lebih baik.

Sekolah Agama Tahfiz Tarbiyah Husnul Khatimah, Kompleks Penjara Kluang

Bantuan Yuran Sara Hidup Pelajar

Bantuan Yuran Sara Hidup Pelajar

Bantuan yuran sara hidup diberikan bagi meringankan beban kewangan keluarga dan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih.

Institusi Pengajian Tinggi :
1. KPJ Healthcare University
2. Johor Skills Development Centre
3. Netherlands Maritime University College (NMUC)

Program Saya Tahu Membaca

Program intervensi literasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca pelajar melalui bimbingan asas kepada mereka yang memerlukan sokongan tambahan, di samping membina keyakinan diri dan membantu meningkatkan pencapaian akademik.

- Lokasi : Tangkak, Johor
- Penyertaan : 176 pelajar (39 sekolah)

Bantuan Yuran Sara Hidup Pelajar

Bantuan yuran sara hidup diberikan bagi meringankan beban kewangan keluarga dan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih.

Institusi Pengajian Tinggi :
1. KPJ Healthcare University
2. Johor Skills Development Centre
3. Netherlands Maritime University College (NMUC)

Bantuan Yuran Sara Hidup Pelajar

Bantuan yuran sara hidup diberikan bagi meringankan beban kewangan keluarga dan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih.

Institusi Pengajian Tinggi :
1. KPJ Healthcare University
2. Johor Skills Development Centre
3. Netherlands Maritime University College (NMUC)

Program Semarak Jawi (Sahibba Jawi)

Program Semarak Jawi
(Sahibba Jawi)

Peserta

120 orang peserta

Lokasi

60 Buah Sekolah Negeri Johor

Program Semarak Jawi (Sahibba Jawi) merupakan inisiatif Waqaf An-Nur bagi memupuk kecintaan terhadap tulisan Jawi dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini menyokong pembangunan pendidikan di samping memperkukuh penguasaan serta penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda.

Dilaksanakan dengan kerjasama penuh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), program ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali dan menghargai tulisan Jawi sebagai warisan ilmu dan identiti bangsa.

Melalui inisiatif ini, Waqaf An-Nur komited untuk terus memperkasakan dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat, di samping memperluas program pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi muda di negeri Johor.

Program Iqra' Celik Al-Quran

Peserta

3,600 orang peserta

Lokasi

25 Buah Sekolah Negeri Johor

Waqaf An-Nur telah memulakan Program Iqra’ Celik Al-Quran pada tahun 2022, dengan sokongan padu daripada Masjid An-Nur Taman Cendana, PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Panitia Pendidikan Islam, serta Persatuan Penduduk Taman Cendana Pasir Gudang.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang masih belum menguasai bacaan Iqra’ dan Al-Quran dengan baik. Dalam menjayakan inisiatif ini, Waqaf An-Nur bertanggungjawab untuk menyediakan dana program, termasuk peruntukan bagi guru mengaji, bahan pembelajaran, dan keperluan logistik lain, untuk memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, pada tahun 2025 Program Iqra’ Celik Al-Quran telah melibatkan seramai 3,600 peserta daripada 23 buah Sekolah Rendah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta 2 buah Sekolah Agama di bawah Jabatan Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Hasil pelaksanaan program ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tahap bacaan murid, daripada peringkat Iqra’ kepada Al-Quran.

Berdasarkan data pencapaian Program Iqra’ Celik Al-Quran 2025, seramai 526 peserta terlibat dalam Program Iqra’ dan 1,217 peserta dalam Program Al-Quran, daripada jumlah tersebut, 784 orang pelajar telah berjaya khatam Al-Quran. Sebagai usaha berterusan, Waqaf An-Nur komited untuk terus melaksanakan program ini bagi memastikan pelajar mendapat didikan yang berkualiti dan terbaik.

Waqaf An-Nur telah memulakan Program Iqra’ Celik Al-Quran pada tahun 2022, dengan sokongan padu daripada Masjid An-Nur Taman Cendana, PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Panitia Pendidikan Islam, serta Persatuan Penduduk Taman Cendana Pasir Gudang.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang masih belum menguasai bacaan Iqra’ dan Al-Quran dengan baik. Dalam menjayakan inisiatif ini, Waqaf An-Nur bertanggungjawab untuk menyediakan dana program, termasuk peruntukan bagi guru mengaji, bahan pembelajaran, dan keperluan logistik lain, untuk memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, pada tahun 2025 Program Iqra’ Celik Al-Quran telah melibatkan seramai 3,600 peserta daripada 23 buah Sekolah Rendah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta 2 buah Sekolah Agama di bawah Jabatan Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Hasil pelaksanaan program ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tahap bacaan murid, daripada peringkat Iqra’ kepada Al-Quran.

Berdasarkan data pencapaian Program Iqra’ Celik Al-Quran 2025, seramai 526 peserta terlibat dalam Program Iqra’ dan 1,217 peserta dalam Program Al-Quran, daripada jumlah tersebut, 784 orang pelajar telah berjaya khatam Al-Quran. Sebagai usaha berterusan, Waqaf An-Nur komited untuk terus melaksanakan program ini bagi memastikan pelajar mendapat didikan yang berkualiti dan terbaik.

Program Saya Tahu Membaca

Program intervensi literasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca pelajar melalui bimbingan asas kepada mereka yang memerlukan sokongan tambahan, di samping membina keyakinan diri dan membantu meningkatkan pencapaian akademik.

- Lokasi : Tangkak, Johor
- Penyertaan : 176 pelajar (39 sekolah)

Program Tuisyen Asnaf

Inisiatif ini bertujuan memperluas akses kepada pendidikan serta menyokong pembangunan kemahiran dan kecemerlangan akademik pelajar. Bantuan diberikan kepada pelajar di bawah Pembiayaan Pendidikan ACCA Yayasan Johor Corporation.

- Penyertaan : 11 Orang

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan kami berusaha untuk memastikan maklumat tersebut sentiasa terkini dan benar.