Muzakarah Waqaf 1.0

6 Nov 2025

Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Komited dalam memperkasa peranan wakaf korporat sebagai pemangkin ekonomi ketiga negara, Waqaf An-Nur Corporation Berhad buat julung kalinya menganjurkan inisiatif ‘Waqaf Dialogue’ melalui muzakarah waqaf 1.0.

Bertemakan ‘Transformasi Waqaf: Ijtihad Dan Inovasi’, program itu menjadi platform perbincangan ilmiah 17 tokoh terkemuka dalam memperkukuh agenda wakaf.