Waqaf An-Nur Serah Sumbangan RM6,000 Bagi Program Makan Tengah Hari
30 Jul 2026
Waqaf An-Nur
Sumbangan
Pendidikan

30 Julai - Waqaf An-Nur telah menyerahkan sumbangan dana bagi menjayakan Program CSR Makan Tengah Hari yang melibatkan 50 orang pelajar daripada lima buah sekolah di sekitar Johor Bahru untuk tempoh selama sebulan.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Waqaf An-Nur dalam membela ummah, khususnya dengan membantu pelajar daripada keluarga asnaf dan B40 serta anak-anak yatim mendapatkan makanan tengah hari yang berkhasiat sepanjang sesi persekolahan.
Inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga, malah memastikan keperluan nutrisi pelajar dipenuhi agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih fokus, bertenaga dan selesa.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat serta menyokong perkembangan akademik dan kesejahteraan para pelajar.
Turut hadir mewakili Waqaf An-Nur ialah Hj. Md Aris Amin, Ketua Pegawai Tadbir Urus serta En. Ishak Abd Kadir Pengasas/Presiden Insaf Malaysia.
