๐๐๐ช๐๐ ๐๐ง-๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฎ๐ซ๐จ๐๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ ๐๐ง๐ญ ๐๐๐ฒ๐ ๐ ๐ฎ๐ง ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
26 Apr 2026
Waqaf An-Nur Corporation Berhad

26 April - Alhamdulillah, Waqaf An-Nur telah berjaya bersama menganjurkan Neurodivergent Raya Fun Run 2026 anjuran Persatuan Kanak-Kanak Autistik Islam Johor Bahru PKAIJB bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Acara yang dihadiri lebih 300 peserta ini bukan sekadar larian biasa. Ia merupakan satu inisiatif komuniti yang inklusif, dianjurkan bersempena Bulan Kesedaran Autisme, dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang neurodiversiti dan autisme dalam masyarakat kita.
Waqaf An-Nur berharap agar program seperti ini dapat terus menjadi platform untuk mendidik masyarakat, memupuk empati, serta menggalakkan penerimaan yang lebih luas terhadap individu dalam spektrum autisme. Usaha sebegini penting dalam membina komuniti yang lebih prihatin, memahami, dan inklusif untuk semua.
Waqaf An-Nur akan terus komited menyokong inisiatif seumpama ini, serta bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkasa kesedaran dan kebajikan komuniti autisme pada masa akan datang.
Turut hadir memeriahkan acara ini ialah Hj. Mohd Bahrin Bakri - Ketua Pegawai Operasi Waqaf An-Nur, Dato' Mizan Yahya - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp & Prof. Madya Dr Asha Hasnimy Mohd Hashim - Pengurus Akademik Program Luar, Fakulti Sains Pendidikan & Teknologi UTM
