5,000 Jemaah Hadiri Program Semarak Subuh Perdana
9 Ogo 2026
Waqaf An-Nur

9 Ogos - Alhamdulillah, seramai 5,000 jemaah telah bersama-sama mengimarahkan Program Semarak Subuh Perdana yang berlangsung di Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru sebentar tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada seluruh jemaah yang hadir seawal jam 4.00 pagi bersama keluarga bagi mengikuti Qiamullail, solat Subuh berjemaah dan tazkirah. Kehadiran anda telah menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Semoga segala usaha, sumbangan dan amal ibadah kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menyuburkan kecintaan terhadap masjid dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
