๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐‡๐ข๐›๐š๐ก ๐‹๐ข๐ฅ ๐–๐š๐ช๐š๐Ÿ ๐๐ข ๐Š๐๐‰ ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ข๐š๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ

23 Apr 2026

Waqaf An-Nur


23 April - Alhamdulillah, pada hari khamis yang lalu telah berlangsung Promosi Hibah Lil Waqaf di KPJ Ipoh Specialist Hospital sempena KPJ Health System Movement Roadshow.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada anggota pekerja KPJ Ipoh yang telah bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan berwakaf melalui potongan gaji.

Semoga setiap sumbangan ini menjadi satu langkah kecil yang memberi impak besar, berpanjangan dan penuh makna serta menjadi asbab kebaikan yang berterusan dan diberkati.

Taklimat Waqaf An-Nur telah disampaikan oleh En. Nasaruddin Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik & Pemasaran Waqaf An-Nur.