๐–๐š๐ช๐š๐Ÿ ๐€๐ง-๐๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‰๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ฅ๐ž๐ค๐ญ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐š ๐”๐“๐Œ

9 Sep 2026

Waqaf An-Nur

9 Sep. โ€“ Waqaf An-Nur berbesar hati menjadi rakan strategik bagi Forum Intelektual Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang membawa tema โ€œAdab dan Akal dalam Dunia Digital: Membina Masyarakat Berhemahโ€.

Forum Intelektual Diraja 2026 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru ini telah diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Canselor UTM serta Yang Amat Mulia Cheโ€™ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Pro-Canselor UTM.

Memasuki siri kelima penganjurannya, forum ini diterajui oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM dengan kerjasama rakan strategik, iaitu Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Waqaf An-Nur dan Perbadanan Islam Johor.

Bersempena forum ini, Waqaf An-Nur telah menyumbang kepada penerbitan 1,500 naskhah buku JIWA DIGITAL: Panduan Etika Media Sosial Muslim melalui Program Wakaf Ilmu bersempena penganjuran forum ini.

Inisiatif ini merupakan manifestasi kepercayaan Waqaf An-Nur bahawa penyebaran ilmu yang bermanfaat merupakan antara bentuk wakaf yang paling bernilai dan berimpak tinggi kerana manfaatnya dapat terus mengalir kepada masyarakat sepanjang hayat.

Program ini menghimpunkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, siswazah, ahli akademik, wakil agensi kerajaan, pemain industri serta masyarakat umum.

Tema pada tahun ini menerokai keperluan untuk mengimbangi kemajuan kecerdasan buatan (AI), media sosial dan inovasi berasaskan data dengan nilai adab, pemikiran kritis serta rasa tanggungjawab dalam membentuk masyarakat digital yang lebih berhemah.

Photo Kredit : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)