Dari Almari, Kebaikan Mengalir Kepada Komuniti

4 Ogo 2026

Waqaf An-Nur


Waqaf An-Nur menerusi inisiatif ESG-i telah menganjurkan Program From Closet to Community bagi menggalakkan amalan guna semula (reuse), mengurangkan sisa tekstil serta membudayakan nilai kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota pekerja.

Sepanjang tempoh pengumpulan dari 20 hingga 31 Julai 2026, lebih 200 kilogram pakaian terpakai yang masih bersih dan elok berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga Waqaf An-Nur. Pakaian tersebut akan melalui proses pengasingan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan, khususnya fakir miskin, asnaf dan keluarga B40, dengan kerjasama rakan komuniti serta organisasi kebajikan.

Semoga setiap pakaian yang diberi dapat membuka ruang kepada manfaat baharu bagi mengurangkan sisa, membantu komuniti dan menyuburkan budaya memberi.