LSPB Raih Anugerah Emas di The Star ESG Positive Impact Awards
6 Ogo 2026
Waqaf An-Nur

Alhamdulillah, Larkin Sentral Property Berhad (LSPB), salah sebuah syarikat dalam Kumpulan Waqaf An-Nur, telah berjaya merangkul Gold Award bagi kategori Water Management & Efficiency sempena The Star ESG Positive Impact Awards 2026 yang telah berlangsung pada 22 Julai 2026.
Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri R. Ramanan, Menteri Sumber Manusia, bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan LSPB dalam melaksanakan pengurusan sumber air secara cekap dan mampan, selaras dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)
