
Portfolio Saham
Syarikat Tersenarai, Tidak Tersenarai & Hartanah (Isitbdal)

KPJ Healthcare Berhad (‘KPJ atau ‘Kumpulan’) ialah penyedia utama perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta Malaysia. Sejak pengenalan hospital pakar swasta pertama di Johor pada tahun 1981, Kumpulan telah berada di barisan hadapan dalam industri penjagaan kesihatan.



Didorong oleh nilai terasnya iaitu Keselamatan, Kesopanan, Integriti, Profesionalisme dan Penambahbaikan Berterusan, rangkaian bersepadu KPJ terdiri daripada lebih daripada 28 hospital pakar yang terletak di seluruh negara. Dengan pengembangannya di luar negara, Kumpulan pada masa ini mempunyai 2 hospital di Indonesia, bahagian yang cukup besar dalam sebuah hospital di Bangkok dan sebuah hospital di Bangladesh.
Selain itu, KPJ mempunyai pelaburan dalam pusat peranginan persaraan dan penjagaan umur di Australia dan di Sibu, Sarawak, Kuantan, serta pusat Senior Living Care (SLC) sendiri di Pusat Kesihatan Tawakkal (THC) di Kuala Lumpur.

Al-`Aqar telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) pada 10 Ogos 2006. Al-`Aqar diuruskan oleh Damansara REIT Managers Sdn Berhad (“DRMSB” atau “Pengurus”), sebuah syarikat dalam kumpulan Johor Corporation (“JCorp”) dan disokong oleh Kumpulan KPJ.

Al-`Aqar telah ditubuhkan dengan portfolio awal 6 hartanah, dan hari ini, ia telah berkembang kepada 24 hartanah, terdiri daripada 17 hospital dan 4 pusat kesihatan, 2 kolej di Malaysia dan 1 perkampungan penjagaan & persaraan warga emas di Australia.

Amanah Pelaburan Hartanah Al-Salām (Al-Salām REIT) ialah dana patuh Syariah dengan aktiviti utama untuk melabur dalam kepelbagaian hartanah patuh Syariah. Al-Salām REIT dengan portfolio pelbagai terletak secara strategik di seluruh Malaysia.



Al-Salām REIT memulakan kejayaannya dengan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 29 September 2015 bermula dengan 31 hartanah pada 2015, Al-Salām REIT telah mengembangkan portfolionya kepada 54 hartanah di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 3 pusat membeli-belah, sebuah bangunan pejabat, 43 restoran makanan & minuman dan 7 aset bukan restoran makanan & minuman.

Larkin Sentral Property (“LSP”) ditubuhkan pada 20 Julai 1995. LSP mula aktif pada Januari 2008, setelah pembelian hartanah Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Basah Larkin Sentral oleh pihak Johor Corporation pada bulan Disember 2007.



Aktiviti utama syarikat adalah penyewaan lot-lot perniagaan, lot-lot pasar awam, terminal pengangkutan serta tempat letak kenderaan. Bangunan Larkin Sentral terletak di atas tanah seluas 16.23 ekar yang terdiri daripada bangunan pasar awam, terminal pengangkutan awam dan tempat letak kenderaan.
LSP adalah 100% milikan Waqaf An-Nur. Jumlah modal berbayar sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM96,061,160. Disamping itu, nilai keseluruhan aset adalah sebanyak RM209 juta.

Aspirasi An-Nur Sdn. Bhd. ("AASB") dahulu dikenali sebagai Capaian Aspirasi Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2004.
Pada 16 Jun 2025,syarikat telah melalui proses penjenamaan semula kepada Aspirasi An-Nur Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada usaha penyelarasan strategik di bawah Waqaf An-Nur. AASB merupakan sebuah syarikat milik penuh (100%) Waqaf An-Nur.



Aktiviti utama syarikat merangkumi pengurusan zakat korporat, perkhidmatan mutawwif Umrah dan Haji, Badal Haji, program korban dan akikah, serta penyelarasan aktiviti sokongan bagi projek jahitan pakaian seragam sekolah agama negeri Johor.
Syarikat turut mengendalikan program latihan dan pembangunan mutawwif, selain berperanan sebagai pelaksana utama program keusahawanan sosial Waqaf An-Nur yang meliputi pembiayaan, latihan kemahiran, kursus keusahawanan dan pemantauan peserta.

Pengurusan An-Nur Sdn Bhd (“PANSB”) telah ditubuhkan pada 2024 dengan tujuan untuk menjalankan bisnes dialisis secara Komersial.
PANSB ini akan bergerak seiring dengan matlamat Waqaf An-Nur dalam menyuburkan aset Wakaf serta sekali gus memberikan kemudahan kepada ummah menerusi sektor kesihatan.











