PMB An-Nur Waqf Income Fund (PAWIF) yang telah dilancarkan pada 18 Mac 2021 ini merupakan sebuah produk unit Amanah di bawah PMB Investment Berhad (PMB Investment) yang merupakan anak syarikat Pelaburan MARA Berhad (PMB). Melalui setiap pelaburan dana ini, pelabur secara tidak langsung berwakaf dengan Waqaf An-Nur apabila dividen hasil pelaburan yang diterima bukan sahaja memberi pulangan kepada pelanggan malah 30% daripada dividen tersebut turut diwakafkan kepada Waqaf An-Nur.
Pelabur yang melabur dalam PAWIF secara tidak langsung akan menerima perlindungan takaful secara percuma mengikut nilai pelaburan (bermula RM1,000 sehingga RM200,000 serta umur sehingga 65 tahun). Sekiranya pelabur meninggal dunia, pampasan takaful tersebut turut diwakafkan ke Waqaf An-Nur sebanyak 30%. Selain daripada itu, PMB Investment juga mewakafkan yuran pengurusan sebanyak 10% dari 1.75% secara bulanan.