Kenyataan Syariah Waqaf An-Nur

Di dalam usaha memperkasa tadbir urus Waqaf An-Nur, proses penambahbaikan penyuburan aset wakaf dan pengagihan manfaat kepada ummah berlandaskan Maqasid Syariah terus menjadi agenda utama. Dalam melaksana operasi dan aktiviti, Waqaf An-Nur telah berpandukan kepada konsep Maqasid Syariah iaitu Dharuriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat yang meliputi kepada lima (5) elemen penjagaan iaitu:

KONSEP

KONSEP

KONSEP

KONSEP

Maqasid
Syariah

Maqasid
Syariah

Bagi meneruskan proses pelaksanaan menerusi Tadbir Urus Syariah Waqaf An-Nur (TUs-WAN) yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada Mac 2023, Pemetaan Maqasid Syariah menjadi penerus kepada penilaian keutamaan seiring dengan 2 teras utama di Waqaf An-Nur.

"Pelaksanaan Maqasid Syariah ini akan menerusi gerak kerja yang dipantau secara langsung oleh Jawatankuasa Pakar Syariah, dengan mematuhi segala ketetapan oleh MAIJ."

Pengurusan Waqaf An-Nur akan terus memastikan pelaksanaan sedia ada dan akan datang mengikut perancangan Jabatan Syariah & Dakwah. Pelaksanaan Maqasid Syariah ini akan menerusi gerak kerja yang dipantau secara langsung oleh Jawatankuasa Pakar Syariah, dengan mematuhi segala ketetapan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Ini termasuklah memastikan semua polisi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada, serta semua inisiatif baru, dikemaskini selaras dengan Polisi Syariah (TUs-WAN) pada masa akan datang.

Pihak pengurusan akan memastikan pematuhan syariah ini dilaksanakan di dalam proses penyuburan aset wakaf yang meliputi Portfolio Saham, Hartanah, Ar-Rahnu & Emas, serta Inisiatif Wakaf dan Pelaburan. Hasilnya akan diterjemahkan menerusi program pembangunan ummah dan agihan manfaat yang meliputi aspek Kerohanian & Keagamaan, Sosioekonomi, Prisihatin, serta Kemasyarakatan & Kebajikan.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan kami berusaha untuk memastikan maklumat tersebut sentiasa terkini dan benar.

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad dan kami berusaha untuk memastikan maklumat tersebut sentiasa terkini dan benar.