Bagi meneruskan proses pelaksanaan menerusi Tadbir Urus Syariah Waqaf An-Nur (TUs-WAN) yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada Mac 2023, Pemetaan Maqasid Syariah menjadi penerus kepada penilaian keutamaan seiring dengan 2 teras utama di Waqaf An-Nur.
"Pelaksanaan Maqasid Syariah ini akan menerusi gerak kerja yang dipantau secara langsung oleh Jawatankuasa Pakar Syariah, dengan mematuhi segala ketetapan oleh MAIJ."
Pengurusan Waqaf An-Nur akan terus memastikan pelaksanaan sedia ada dan akan datang mengikut perancangan Jabatan Syariah & Dakwah. Pelaksanaan Maqasid Syariah ini akan menerusi gerak kerja yang dipantau secara langsung oleh Jawatankuasa Pakar Syariah, dengan mematuhi segala ketetapan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Ini termasuklah memastikan semua polisi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada, serta semua inisiatif baru, dikemaskini selaras dengan Polisi Syariah (TUs-WAN) pada masa akan datang.
Pihak pengurusan akan memastikan pematuhan syariah ini dilaksanakan di dalam proses penyuburan aset wakaf yang meliputi Portfolio Saham, Hartanah, Ar-Rahnu & Emas, serta Inisiatif Wakaf dan Pelaburan. Hasilnya akan diterjemahkan menerusi program pembangunan ummah dan agihan manfaat yang meliputi aspek Kerohanian & Keagamaan, Sosioekonomi, Prisihatin, serta Kemasyarakatan & Kebajikan.