PELABURAN HARTANAH
Pelaburan dalam bidang hartanah adalah salah satu usaha Waqaf An-Nur dalam mengembangkan aset wakaf. Pelaburan hartanah ini juga bertujuan untuk membantu peniaga bumiputra mendapatkan tempat berniaga di kawasan komersial yang strategik pada kadar sewa yang berpatutan.
Sehingga Disember 2022, Waqaf An-Nur memiliki 53 aset berbentuk hartanah yang terdiri daripada kedai pejabat, rumah, tanah dan bangunan pejabat yang kini bernilai RM224.66 juta.
Daripada jumlah nilai hartanah ini, RM114.4 juta adalah merupakan ain.
PEMBANGUNAN TANAH KOMERSIAL
Waqaf An-Nur dalam pelaksanaan pembangunan tanah komersial bagi pembangunan 7 unit kedai pejabat dua tingkat di Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Status kemajuan kerja semasa sehingga Disember 2022 adalah sebanyak 98% dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2023.
.jpeg)
PENCAPAIAN 2022
-
Purata peratusan kepenghunian adalah 80% dan berdasarkan perancangan strategik syarikat, beberapa hartanah yang matang akan dijual.
-
Sehingga Disember 2022, tiga (3) unit hartanah telah dijual dimana hasil penjualan akan dimanfaatkan kepada pelaburan yang lebih baik.
-
Pembelian satu bidang tanah komersial yang terletak di pusat terminal komersial Larkin Sentral
PERMOHONAN SEWAAN:
Hartanah-hartanah ini terbuka untuk penyewaan kepada masyarakat yang memerlukan premis perniagaan dengan kadar sewaan pasaran semasa.
Penyewaan terbuka kepada semua individu/syarikat yang memerlukan premis penyewaan untuk ruang perniagaan atau ruang pejabat dengan syarat sepertimana berikut:-
1. Warganegara Malaysia/ Syarikat yang berdaftar dengan SSM;
2. Perniagaan/ Bisnes yang patuh syariah;
3. Status kewangan yang baik.
Untuk penyewaan hartanah Waqaf An-Nur, individu/ syarikat boleh membuat permohonan penyewaan melalui emel admin@waqafannur.com.my atau di talian 019 – 760 0693.