Carian


Program Hibah Lil Waqaf

Waqaf An-Nur terus aktif mengajak orang ramai bersama merasai keberkatan berwakaf melalui program Hibah Wakaf bagi tujuan berwakaf (Hibah Lil-Waqaf). Program yang menjalin kerjasama di antara syarikat takaful, syarikat pengurusan harta, syarikat pemegang amanah dan syarikat pengurusan amanah saham membuka peluang yang lebih besar dan mudah bagi orang ramai untuk berwakaf dengan Waqaf An-Nur.

Program yang bermula pada Oktober 2019 ini semakin mendapat sambutan orang ramai. Program ini memberi peluang orang ramai untuk berhibah dengan tujuan berwakaf harta ketika masih hidup ataupun setelah meninggal dunia.

Orang ramai juga digalakkan berwakaf melalui harta yang mereka ada menerusi hibah atau wasiat harta yang boleh diuruskan oleh syarikat pengurusan wasiat dan syarikat pemegang amanah.

Hasil dari pewakafan orang ramai ini akan diterjemahkan kepada pembelian saham-saham patuh syariah dan hartanah wakaf bagi mengukuhkan lagi nilai Ain Waqaf An-Nur dan seterusnya meningkatkan dividen atau sewa untuk diagihkan bagi manfaat orang ramai.

Anda kini boleh sertai program Hibah Lil Waqaf secara tunai menerusi pautan berikut : https://toyyibpay.com/HibahLilWaqaf